LEGENDA Selangor dan bekas bintang tengah bola sepak negara, Azhar Shariff meninggal dunia di Hospital Selayang di sini pada jam 4.30 pagi Khamis.
Flash Sukan sebelum ini pernah melaporkan Azhar sedang dirawat di Hospital Selayang dan ‘ditidurkan’ oleh doktor yang merawatnya.
Azhar yang seangkatan dengan Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari adalah antara tonggak utama Selangor pada era pertengahan 1980-an dan pernah menjulang Piala Malaysia pada 1984 dan 1986.
Azhar juga adalah rakan sepasukan mendiang R Arumugam, Zainal Abidin Hassan, Zapril Hashim, Khang Hung Meng, Lim Teong Kim dan Zainal Nordin.
Pada final Piala Malaysia 1986, Azhar mencetak dua gol buat Selangor untuk meraih kemenangan 6-1 ke atas Johor selain meledak satu gol ketika final Piala Malaysia 1984 dengan menewaskan Pahang 3-1.
Semoga ahli keluarga Allahyarham tabah atas berita duka ini. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh.
Al-Fatihah.