HUGO Ekitike menjadi tumpuan apabila menjaringkan gol kemenangan Liverpool pada minit ke-85 ke atas Southampton dalam aksi pusingan ketiga Piala Carabao, namun kegembiraan itu tidak kekal lama kerana dia terus dilayangkan kad kuning kedua dan dibuang padang akibat sambutan keterlaluan.

Liverpool mendahului menerusi gol pertama Alexander Isak dengan kelab barunya pada minit ke-43, namun Southampton bangkit menyamakan kedudukan hasil jaringan Shea Charles pada minit ke-76 selepas kesilapan Wataru Endo.

Hugo Ekitike menjadi taruhan Arne Slot pada permulaan babak kedua menjadi taruhan untuk memburu gol kemenangan dan beliau muncul sebagai wira dengan menjaringkan gol kedua buat Liverpool, namun kegembiraannya berakhir apabila diarah keluar padang.

Ekitike menerima kad kuning pertama kerana menendang bola selepas wisel dan sekali lagi dihukum kad kuning yang kedua ketika menanggalkan jersi meraikan jaringan kemenangan lalu terus dibuang padang.

Jurulatih Liverpool, Arne Slot jelas kecewa dengan insiden itu dengan menyifatkan tindakan pemainnya sebagai tidak masuk akal dan merugikan pasukan.

Slot tegaskan perkara seperti itu boleh dielakkan jika pemain lebih bijak mengawal emosi.

Kapten pasukan Andy Robertson turut meluahkan rasa kesal apabila menyifatkan kad merah Ekitike sebagai kesilapan bodoh yang memberi kesan besar kepada skuad.

Menurutnya dalam situasi pemain sudah berdepan kad kuning, sambutan keterlaluan adalah sesuatu yang tidak wajar dan seharusnya dielakkan.

Akibat kad merah itu, Ekitike bakal terlepas aksi liga menentang Crystal Palace yang dianggap perlawanan penting untuk Liverpool hujung minggu ini sekaligus memberi tekanan tambahan kepada Slot untuk bergantung kepada Isak dan barisan serangan lain.

Kredit Gambar : Goal.com