STADIUM Sultan Ibrahim, yang merupakan rumah bagi Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), kini sedang menjalani proses penaiktarafan penting di kawasan tempat duduk penonton.
Kerja-kerja ini bertujuan untuk memastikan keselamatan dan ketahanan stadium, dengan bahan baharu digunakan bagi menggantikan bahan yang telah mengalami kerosakan akibat ‘wear and tear’.
“Bahan baru yang digunakan hadir dengan jaminan 15 tahun. Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) bukan sahaja mencari cara untuk mengekalkan stadium pada tahap yang tinggi tetapi juga menjimatkan kos penyelenggaraan jangka masa panjang.
“Kerja-kerja menaiktaraf sentiasa dilakukan di Stadium Sultan Ibrahim dan semua kemudahan JDT yang lain untuk memenuhi piawaian tinggi yang ditetapkan oleh pemilik kelab iaitu Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail (TMJ). Luaskan Kuasamu Johor,” menurut kenyataan rasmi Facebook Johor Southern Tigers.