MUSIM 2025/2026 buat Johor Darul Ta’zim F.C. (JDT) ditutup dengan kejayaan merangkul Piala Malaysia 2026 di Stadium Nasional Bukit Jalil sekaligus menjadi kejuaraan Piala Malaysia kali keempat berturut-turut.

JDT terus menunjukkan dominasi mereka di dalam kancah bola sepak negara dengan menyapu semua piala dan kejuaraan di dalam liga Malaysia.

Ibarat harimau menguasai rimba, JDT membaham semua kejuaraan, empat kejuaraan berturut-turut Piala Malaysia pembuktian empayar yang dibina tidak akan runtuh dalam masa terdekat.

Kali terakhir mereka gagal menjuarai Piala Malaysia adalah pada tahun 2021 di mana mereka tewas di tangan KL City FC.

Mungkin jika ini terjadi kepada pasukan lain, ia akan menjadi satu penanda jatuhnya prestasi tetapi bukan buat JDT yang bangkit menjuarai edisi seterusnya sehingga kini.

Final Piala Malaysia 2026 penuh emosi di mana memperlihatkan semangat juang oleh JDT dengan Bergson Da Silva dan kembalinya Arif Aiman daripada kecedaraan yang menjaringkan gol bagi memastikan Piala Malaysia kekal di tangan Harimau Selatan.

Ini bukan sekadar kejuaraan tetapi satu mesej buat arena bola sepak negara yang JDT tidak akan goyah dan mereka akan terus lapar untuk menyapu semua kejuaraan pada masa akan datang.

Yang pasti bahtera yang telah dibina tidak dibina dalam masa sehari tetap hasil titik peluh daripada Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim yang mula mengemudi empayar Johor Darul Ta’zim F.C.