KECEDERAAN dialami Aaron Chia ketika muncul Juara Dunia di Tokyo, bertambah pulih.
Menurutnya, dia belum menyertai kem latihan kerana cuti kahwin dan menjalani pemulihan kecederaan ketiak kanan.
“Kecederaan ketiak saya sudah 80-90 peratus pulih, nanti akan scan MRI lagi sekali,” katanya, ditemui Majlis Penyerahan Insentif kepada Aaron dan Soh wooi Yik di The Ark by Platinum Victory.
Menurut Aaron, dia akan menjalani satu lagi ujian imbasan MRI Selasa depan, bagi mengesahkan tahap kecederan ketiaknya.
Sementara itu, Wooi Yik berkata, dia menjalani latihan sendirian sebelum menyertai kem latihan.
“Saya fokus kepada meningkatkan kekuatan dan fizikal kerana akan menghadapi dua kejohanan berturut-turut di Eropah, sebelum ke Final Jelajah Dunia.
“Semua kejohanan ini kami tidak tetapkan sasaran khusus tapi kami akan pastikan memberi aksi terbaik pada setiap perlawanan.
“Setiap perlawanan kami mesti berada pada kondisi terbaik,” kata Wooi Yik.
Gandingan terbabit akan meyertai kejohanan berstatus Super750 Terbuka Denmark dan Terbuka Perancis bermula pertengahan bulan depan.
Terdahulu, Aaron-Wooi Yik menerima insentif RM100,000 sumbangan insentif Southern Score atas kemenangan di Kejohanan Dunia bulan lalu.
Sebelum ini, Aaron dan Wooi Yik menerima insentif kemenangan RM340,000 daripada PErsatuan Badminton Malaysia (BAM), penaja Yonex dan Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) RM40,000.
Pada Kejohanan Dunia di Tokyo, Aaron-Wooi Yik menewaskan gandingan Indonesia Hendra Setiawan-Muhamad Ahsan 21-19, 21-14 di final, sekali gus muncul pemain badminton Malaysias pertama memenangi gelaran itu.
Pada majlis sama juga, Southern Score menyampaikan penajaan RM200,000 kepada pemilik Petaling Badminton Club (PBC) Dato Jac Koh bagi menghadapi saingan Purple League yang akan berpangsung bulan depan.
Sumbangan disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif Southern Score, Gan Yee Hin.