TEPAT pada jam 10.20 pagi tadi, kolum terakhir Stadium Shah Alam telah berjaya diturunkan, menandakan tamatnya satu era bagi struktur ikonik yang telah menjadi kebanggaan rakyat Selangor dan Malaysia.
Dengan ini, tiada lagi struktur asal stadium yang masih berdiri di lokasi pembinaan, sekali gus memadamkan sejarah fizikal stadium yang telah menjadi saksi kepada pelbagai acara sukan dan budaya sejak pembukaannya pada tahun 1994.
Proses perobohan ini merupakan sebahagian daripada projek pembangunan semula kompleks sukan di kawasan tersebut. Stadium baharu yang lebih moden dan serba canggih dijangka akan dibina bagi menggantikan stadium lama, memberikan nafas baharu kepada arena sukan negara.
KEMASKINI: Sekitar jam 10.20AM tadi, kolum terakhir Stadium Shah Alam telah diturunkan. Tiada lagi struktur asal stadium yang masih berdiri.#KompleksSukanShahAlam#RumahBaruKita pic.twitter.com/GiO1htA0ZQ
— Kompleks Sukan Shah Alam (@StadiumShahAlam) January 27, 2025
Stadium Shah Alam, yang pernah menjadi salah satu stadium terbesar di Asia Tenggara, menyimpan kenangan manis buat peminat bola sepak tempatan, khususnya penyokong pasukan Selangor FC yang menjadikan stadium ini sebagai ‘gelanggang keramat’ mereka.
Perkembangan lanjut mengenai projek pembangunan semula kawasan ini akan diumumkan dari semasa ke semasa.