PENGENDALI Manchester United, Erik ten Hag memuji kelebihan yang dimiliki Casemiro sebagai seorang pemain tengah yang hebat pernah disaksikan kelab tersebut.
“Casemiro adalah seorang pemain yang penting dengan pengalaman yang dimilikinya. Dia adalah seorang pemain yang bijak.
“Dia tahu posisinya sebagai pemain, bagaimana ingin berdepan dengan bola. Dia juga adalah seorang pemain yang kreatif. Casemiro sangat penting bagi membangunkan semula pasukan,” jelasnya.
Biarpun baru sahaja bersama Red Devils pada Ogos 2022, kemunculannya bersama kelab tersebut dilihat sangat efektif dengan dua jaringan yang berjaya dihasilkan menyaksikan United berjaya membenam Reading 3-1.
Ketiadaan bekas pemain Real Madrid itu sangat dirasai United pada aksi bertemu Arsenal minggu lalu yang menyaksikan mereka tumpas kepada Arsenal dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL).
Pencapaian terbaiknya sebagai pemain adalah ketika bersama Real Madrid dengan sejak 2013 sehingga 2022 dengan melakukan 221 penampilan dan berjaya menyumbat 24 gol bersama kelab Los Blancos.