PENOLONG jurulatih Kelantan Darul Naim (KDN) FC, Rezal Zambery Yahya, mengakui cabaran yang dihadapi pasukannya dan tetap memuji komitmen pemain walaupun dalam keadaan serba kekurangan.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pemain atas dedikasi mereka, terutamanya kerana kami hanya sempat mengadakan mesyuarat ringkas sebelum perlawanan,” kata Rezal.

Beliau mengakui kekurangan latihan dan persiapan rapi menjadi penghalang kepada prestasi pasukan.

“Kami sudah agak lama tidak selari, dan berdepan pasukan kuat seperti Perak FC menjadikan keadaan lebih sukar.

“Walaupun kami berjaya mencipta beberapa peluang, nasib tidak menyebelahi kami malam ini,” jelasnya.

Pada aksi di Manjung malam tadi, KDN FC menerima amukan Sang Seladang tewas besar 7-0.

Selepas mengharungi 18 perlawanan KDN FC terus bergelut di tangga tercorot apabila sekadar menghimpun tujuh mata.

FOTO : Kelantan Darul Naim FC