MEXICO membuat bidaan rasmi hak penganjuran Sukan Olimpik musim panas 2036 kepada ibu pejabat Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (ICO) Jumaat lalu.

Menteri luar negara itu, Marcelo Ebrard kini berada di Lausanne, Switzerland bersama Presiden IOC, Thomas Bach.

Bidaan terbabit secara kebetulan dibuat sempena ulang tahun ke-100 Jawatankuasa Olimpik Mexico.

Perwakilan Mexico berkata, kebanyakan infrastruktur diperlukan untuk menganjurkan temasya itu sudah bersedia, sebab itu mereka sedia untuk membuat bidaan.

Mexico pernah menganjurkan Sukan Olimpik pada 1968 di Mexico City selain dua kali menjadi tuan rumah Piala Dunia Fifa 1970 dan 1086, akan menjadi tuan rumah bersama Piala Dunia 2026, bersama Kanada dan Amerika Syarikat (AS). -Agensi