PENGGUSTI Asia Pacific (APAC Wrestling) kini boleh fokus kepada kerjaya sebagai penggusti profesional, selepas Perjanjian Momarandum Persefahaman (MoU) antara APAC Wrestling dengan Noah X termetrai.
Pengarah Pembangunan Perniagaan Alchemist Code Sdn Bhd, Ong Wei Chen berkata, menerusi perjanjian itu, Noah X menjadi penaja APAC Wrestling termasuk memberi gaji bulanan, menyedia pusat latihan selain menaja penggusti APAC membuat penampilan dalam dan di luar negara.
“Industri gusti profesional negara berdepan pelbagai cabaran terutamanya dari segi kewangan membuatkan perjalanan ahli gusti malaysia semakin sukar. Jadi, Noah X mahu membantu mereka mengembangkan kerjaya menerusi platform digital ke peringkat global, kerjasama ini juga para penggusti di Malaysia akan menerima gaji bulanan.
“Semua perbelanjaaan ke luar negara akan di tanggung sepenuhnya,” kata Wei Chen.
MoU itu ditandatangani Ketua Pegawai Operasi NOAHX Datuk Seri Halton Chin dan Ketua Pegawai Operasi APAC, Shaukat.
Kerjasama terbabit akan berlangsung selama tempoh setahun membabitkan kejohanan fizikal dan digital sepanjang 2023.

Gaji tetap bulanan ini membolehkan Shaukat kini hanya perlu fokus kepada kerjaya dan soal keperluang keluarga sudah terbela.
Dalam pada itu, Jaguh gusti negara Ayez Shaukat Fonseka atau lebih dikenali sebagaai Shaukat yang merupakan salah seorang pengusti APAC Wrestling berkata, penajaan yang disalurkan menjadi membakar semangat buatnya untuk lebih banyak mencipta nama di persada dunia.
“Selepas mendapat penajaan ini, saya akan lebih yakin sebab saya ada support, cuma sekarang saya perlu fokus untuk menjadi terbaik. Kita akan buat live show every month, Noah X akan beri kita satu studio, we build the studio to make show every month, harap kita akan bertambah kemahiran lepas ni,” katanya.
Ayez berkata, APAC Wrestling akan memanfaatkan peruntukan yang diberi Noah X dengan membuat penampilan di Jepun dan Amerika Syarikat selain menambah jumlah penonton bagi persembahan yang akan dibuat di ibu negara tahun ini.