Select Page

S Kuhan mantapkan lagi pukulan sudut penalti hoki kebangsaan

S Kuhan mantapkan lagi pukulan sudut penalti hoki kebangsaan

PUKULAN sudut penalti mendapat perhatian khusus dalam pembentukan skuad hoki kebangsaan yang lebih mantap selepas ini.

Kehadiran bekas pemain lagenda yang juga pakar pukulan sudut penalti, S Kuhan sebagai Penasihat Pukulan Sudut Penalti Pasukan Hoki Kebangsaan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), membuktikan betapa seriusnya kekurangan Speedy Tigers terutamanya untuk menghasilkan jaringan.

“Kita sudah bincangkan bersama Arul (A Arulselvaraj) dan Subahan (Dato Seri Subahan Kamal) dan saya mengakui bahawa sukan hoki kini berbeza dan banyak pembaharuan teknik terutamanya dari segi pukulan sudut penalti… berbeza sangat berbanding ketika saya menjadi flicker,” kata Kuhan, yang ditemui pada sesi latihan skuad hoki remaja negara di Stadium Hoki Nasional 2, Bukit Jalil.

S Kuhan diberi tanggungjawab sebagai Penasihat Pukulan Sudut Penalti Hoki Malaysia.

Beliau akan meneliti pelbagai aspek kecil termasuk asas teknik pukulan sudut penalti terlebih dahulu.

“Kalau tengok Razie (Rahim), Faizal (Saari) dan Shahril (Saabah) semuanya flicker berkelas dunia, jadi dari segi teknik kita tak boleh tukar sangat kerana pemain sedia ada sudah mencapai kelas dunia.”

Beliau berkata, berdasarkan prestasi semua pasukan di Piala Dunia, Odisha lalu, hampir semua pasukan hebat bertahan ketika berdepan serangan pukulan sudut penalti.

S Kuhan memberi tunjuk ajar kepada pemain remaja lelaki dan wanita kebangsaan.

Katanya, hanya Australia dan Belanda yang berjaya memperoleh banyak jaringan terus menerusi pukulan sudut penalti.

Pada sesi bersama pemain remaja lelaki dan wanita hari ini, Kuhan memberi input berguna dari segi asas teknik, menyudahkan pukulan sudut penalti dengan lebih berkesan.

Skuad lelaki remaja akan menghadapi saingan Piala Dunia Remaja di Kuala Lumpur, Disember ini, selain pasukan remaja lelaki dan wanita akan menghadapi saingan Piala Remaja Asia dan Sukan tahun ini.

Video Terkini

Loading...