PEMAIN muda skuad Piala Presiden Selangor FC Muhammad Husni Idrus meninggal dunia lewat malam Rabu.
Menurut laporan, pemain berusia 21 tahun ini rebah ketika berada di sebuah restoran dan kejadian tersebut disahkan oleh Selangor FC menerusi Facebook rami kelab.
“Kami dari Selangor FC mengucapkan takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarham dan bersama-sama kita mendoakan agar Allahyarham ditempatkan bersama dikalangan orang-orang beriman dan beramal soleh.
SALAM TAKZIAH
Dengan penuh dukacita kami memaklumkan pemergian Muhammad Husni Bin Idrus, pemain Skuad Piala Presiden Selangor FC 2022 yang telah kembali ke rahmatullah malam tadi (25 Mei 2022).
[1/4] pic.twitter.com/rhiN1HuZ7x
— Selangor FC (@selangorfc) May 25, 2022
“Kami juga memohon agar semua pihak dapat bersama menjaga adab dan privasi keluarga Allahyarham dalam kita berkongsikan berita ini bagi menghormati keluarganya.”
Bagaimana punca sebenar kematian Muhammad Husni belum didedahkan.
Allahyarham pada petang Rabu, turut beraksi pada perlawanan bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT) yang menyaksikan Selangor tewas 3-0, namun digantikan dengan Muhammad Addim Muzahhir Saipu Azlan pada minit ke-66.