SELANGOR MAC muncul juara CUCKOO Malaysia Futsal Cup (MFC) 2022 apabila menang 4-3 ke atas Pahang Rangers FC di Kompleks Sukan Negara Panasonic, Shah Alam sebentar tadi.
Kesemua gol Selangor dijaringkan oleh Khairul Effendy Bahrin 21′ 30′ dan Firdaus Ambiah 30′ 37′ manakala lawan membalas menerusi Ridzwan Bakri 20′, Farhan Khairul Anuar 37′ dan Akmarulnizam Idris 40′.
Penentuan tempat ketiga diraih oleh Selangor TOT United yang mengatasi Pulau Pinang, 3-2.