Select Page

“Tak kisah gol dari perut atau lutut…” -Nafuzi

“Tak kisah gol dari perut atau lutut…” -Nafuzi

TAK kisah gol melalui perut atau lutut, yang penting gol adalah gol dan kami meraih tiga mata,” jelas ketua jurulatih Terengganu FC (TFC), Nafuzi Zain selepas mengalahkan Sarawak United FC.

Kelegaan itu diluahkan Nafuzi selepas TFC terpaksa bekerja-keras hasil jaringan tunggal Kpah Sherman pada minit ke-72 untuk menamatkan kemarau kemenangan sejak menang ke atas Kedah, 15 Julai lalu.

Menurut Nafuzi, dia terharu dengan komitmen ditunjukkan skuad kendaliannya yang dihimpit masalah kecergasan serta kecederaan sekaligus bergelut dengan prestasi menuju aksi final Piala FA.

“Saya bersyukur akhirnya kita meraih tiga mata berharga selepas mengharungi empat perlawanan tanpa kemenangan. Dalam keadaan sekarang, semua pemain dalam kepenatan.

“Malah Faisal (Abdul Halim) juga belum 100 peratus cergas dan terpaksa bermula dari bangku simpanan selepas mengadu sukar bernafas akibat demam dan batuk-batuk.

“Namun khidmatnya diperlukan setelah kami kebuntuan gol pada babak pertama dan kemasukannya berjaya mengubah keputusan permainan,” jelasnya ketika ditemui Flash Sukan, malam tadi.

Kemenangan TFC itu terhasil menerusi jaringan yang mengenai badan Sherman berpunca gerakan Faisal dari sebelah kiri sekaligus memberikan tiga mata buat Sang Penyu.

Video Terkini

Loading...