Select Page

Aaliyah gegar 4 emas di Korea, bapanya ucap tahniah!

Aaliyah gegar 4 emas di Korea, bapanya ucap tahniah!

ATLET Ski Air Negara, Aaliyah Yoong Hanifah mempamerkan prestasi cemerlang setelah merangkul empat pingat emas dalam Kejohanan Ski Air Asia (IWWF) yang dilangsungkan di Chuncheon, Korea Selatan.

Peluncur dari Kuala Lumpur itu merangkul emas pertama setelah memperoleh 7440 mata dalam acara ‘tricks‘ terbuka wanita.

Prestasi luar biasa itu tidak terhenti di situ apabila dia terus menggegar bumi Korea  dalam acara ‘jump‘ terbuka wanita dengan lompatan setinggi 40.6 meter dan 37. 2 meter untuk menghadiahkan emas kedua buat Malaysia.

Aaliyah Yoong Hanifah mempamerkan aksi luar biasa di Korea Selatan.

Aaliyah nyata berada di kemuncak prestasi apabila turut cemerlang dalam acara  ‘slalom‘ wanita dan acara keseluruhan dengan berjaya membawa pulang emas ketiga dan keempat negara.

Ketua Jurulatih Persekutuan Ski Air dan Papan Luncur Malaysia, Hanifah Yoong menegaskan kem Malaysia cemerlang dalam kategori lelaki dan wanita apabila meraih lima emas, satu perak dan tiga gangsa.

Adam Yoong Hanifah teruja ketika beraksi di Korea.

“Empat pingat disumbangkan daripada Aaliyah, satu daripada abangnya Adam Yoong dalam acara ‘tricks‘ lelaki bawah 17 (U-17), satu perak dari Aiden Yoong lelaki keseluruhan, tiga gangsa acara ‘tricks‘ lelaki oleh Aiden, acara slalom lelaki  dan Adam bagi acara lompat (U-17). Tahniah pasukan Malaysia,” ujar jurulatih yang turut merupakan bapa kepada atlet tersebut.

Terdahulu, Adam Yoong turut memadam rekod lamanya 15.9 meter di Kejohanan Asia 2019, Bangkok apabila berjaya memperbaharui dengan catatan 27.0 meter manakala Aiden Yong pula turut unggul dengan memecah rekod baharu dengan lompatan 23.9 meter berbanding 20.1 meter sebelum ini.

Video Terkini

Loading...