TIMBUL persoalan dalam kalangan peminat setia Singa Utara apabila ketiadaan pasukan Perlis United FC dalam saingan Piala FA musim ini
Dalam undian yang dikelolakan oleh Malaysian Football League (MFL) pada Jumaat kelibat bekas naib juara tahun 2003, 2006 dan 2007 langsung tidak kelihatan.
Perkembangan yang meresahkan itu segera mendapat maklum balas daripada Pegawai Media kelab, Mohd Khomeini Halipah.
“Berikutan ketiadaan Pasukan Perlis United FC di salah satu arena piala paling prestij di Malaysia, pihak pengurusan telah membuat keputusan untuk tidak menyertai kejohanann Piala FA pada tahun ini.
“Ia kerana kami ingin menumpukan fokus 100 peratus untuk saingan Liga M3 2023.
“Untuk makluman semua kejohanan Piala FA adalah pilihan jika pasukan amatur ingin menyertai ataupun tidak,” kata kenyataan itu.
ARTIKEL BERKAITAN : Liga Semi Pro 2023 : Perlis United selesai pilih 25 pemain
Musim lalu, Perlis United menjadi wakil tunggal Liga M3 yang layak ke pusingan kedua Piala FA selepas mengejutkan PDRM FC dengan keputusan 2-0.
Namun, perjalanan kelab berkenaan tersekat di pusingan berikutnya apabila kalah 3-0 kepada Kuching City FC.