PERLAWANAN penuh bersejarah antara ASEAN All-Stars dan Manchester United bukan sahaja menyaksikan keputusan mengejut 1-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malah turut menjadi pemangkin kebangkitan ekonomi tempatan apabila lebih 32,000 pelancong luar negara membanjiri ibu negara sempena Maybank Challenge Cup 2025.

Kemeriahan perlawanan yang mencatat kehadiran keseluruhan 72,550 penonton itu mengubah wajah Kuala Lumpur dengan limpahan penyokong dari serata dunia, terutama yang menyarung jersi merah keramat Manchester United. Hotel-hotel penuh, restoran beroperasi pada kapasiti maksimum dan pengangkutan awam dipenuhi peminat bola sepak semuanya mencerminkan impak besar acara bertaraf antarabangsa ini kepada industri pelancongan dan ekonomi tempatan.

Pasukan ASEAN yang hanya sempat berlatih sehari, tampil luar biasa di bawah kendalian Kim Sang-sik dari Korea Selatan dengan kapten Sergio Aguero, penyerang naturalisasi Harimau Malaya mengetuai cabaran.

Kemenangan hasil jaringan cantik pemain Myanmar, Mg Mg Lwin pada minit ke-71 menenggelamkan barisan bintang United seperti Onana, Maguire, Casemiro dan Bruno Fernandes. Pasukan ASEAN yang hanya sempat berlatih sehari, tampil luar biasa di bawah kendalian Kim Sang-sik dari Korea Selatan dengan kapten Sergio Aguero, penyerang naturalisasi Harimau Malaya mengetuai cabaran.

Perlawanan ini turut mendapat penghormatan apabila Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim hadir menyampaikan trofi dan pingat kepada pasukan ASEAN. Turut bersama di stadium ialah Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh serta beberapa menteri kabinet, wakil diraja dan tokoh-tokoh dari negara ASEAN lain.

Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim hadir menyampaikan trofi dan pingat kepada pasukan ASEAN. Turut bersama di stadium ialah Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh serta beberapa menteri kabinet, wakil diraja dan tokoh-tokoh dari negara ASEAN lain.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ProEvents, Julian Kam menyifatkan kejayaan penganjuran ini sebagai bukti potensi Asia Tenggara dalam menganjurkan acara bola sepak berskala besar. Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri, agensi kerajaan serta pihak keselamatan yang menjayakan acara ini.

Bagi ASEAN, ini bukan sekadar kemenangan di atas padang, tetapi kemenangan moral yang memperlihatkan kuasa bola sepak sebagai agen penyatuan serantau. Dari Jakarta ke Manila, dari Hanoi ke Bangkok – malam di Bukit Jalil itu menyatukan suara satu Asia Tenggara, di pentas bola sepak yang akhirnya menjadi milik mereka.