MALAYSIAN Football League (MFL) hari ini mengesahkan menerima makluman rasmi daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengenai keputusan FIFA yang menggantung tujuh pemain warisan selama 12 bulan.

Antara yang terlibat ialah tiga pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel  yang kini tidak dibenarkan beraksi dalam mana-mana saingan Liga Malaysia sepanjang tempoh penggantungan.

Kehilangan tiga tonggak import ini dijangka memberi kesan besar kepada JDT yang sedang bersaing dalam liga domestik dan kejohanan antarabangsa.

MFL memaklumkan tiada tindakan lanjut akan diambil kerana FAM sedang mengemukakan rayuan kepada FIFA, dengan keputusan muktamad hanya akan diketahui selepas rayuan diputuskan.

Dalam kenyataannya, MFL menegaskan pihaknya menghormati keputusan FIFA dan akan terus memantau perkembangan kes bagi memastikan kelancaran Liga Malaysia.

Isu ini turut menjadi perhatian penyokong bola sepak tempatan kerana melibatkan pemain warisan yang sebelum ini dilihat mampu memberi sumbangan besar kepada pasukan negara tetapi  kini tertakluk sepenuhnya kepada pertimbangan FIFA.

Kredit Gambar : malaysianfootballleague.com