AARON-Wooi Yik dan Sze Fei-Izzuddin masing-masing menepati ramalan layak ke pusingan suku akhir Perodua Malaysia Masters 2026.

Aaron- Wooi Yik mudah menewaskan lawan dari Perancis, Julien Maio-William Villeger dalam aksi dominasi oleh beregu negara.

Kemenangan ini telah melunaskan dendam kekalahan yang dihadapi beregu lelaki negara itu yang sebelum ini tewas pada pasangan sama pada siri Germany Open 2026.

Soh Wooi Yik  ketika ditemu ramah berkata permainan mereka pada hari ini lebih baik daripada perlawanan sebelum ini.

“Permainan kami lebih rapi dan tidak ada banyak kesilapan daripada kami,” tambahnya.

Sementara itu, Sze Fei-Izzuddin menewaskan rakan senegara Weijie-Ee Yi dalam perlawanan yang didominasi oleh beregu nombor 9 dunia itu.

Izzuddin ketika ditemu ramah berkata mereka saling mengenali permainan masing-masing dan pada perlawanan tersebut mereka mengeluarkan permainan terbaik mereka.

Sze Fei juga menambah dengan mengatakan target mereka masih belum tercapai dan fokus mereka adalah perfoma mereka.

“Ada yang boleh diperbaiki dan kami perlu buat lebih baik,” tambahnya.

Aaron-Wooi Yik bakal bertemu beregu dari China, Hu Ke Yuan-Xiang Yi dan buat Sze Fei-Izzuddin akan menentang antara beregu dari Jepun ataupun dari Chinese Taipei