PEMAIN perseorangan wanita negara, K.Letshanaa mengejutkan jaguh perseorangan daripada Jepun, Tomoka Miyazaki dengan kemenangan ‘straight set’ terhadap beliau.

Letshanaa tampil dominan dalam perlawanan menentang pemain nombor 9 dunia itu dengan menampilkan aksi yang baik ditemani sorakan gemuruh daripada penyokong.

Kemenangan ini melayakkan beliau ke pusingan suku akhir Perodua Malaysia Masters 2026 dan menjadi satu-satunya pemain perseorangan yang masih bertahan di kejohanan.

Letshanaa ketika ditemu ramah menyatakan adanya rasa sedikit tekanan tetapi menganggap ia satu kejayaan untuk dirinya dan kem perseorangan negara.

“Keyakinan dan konsistensi saya pada hari ini membuatkan lawan lebih merasa tekanan tetapi pihak lawan sudah bermain dengan baik,” tambah beliau.

Beliau turut mengatakan bahawa barisan kejurulatihan banyak membantu dalam membentuk dirinya selepas permainannya kini kelihatan lebih matang.

Letshanaa kini menjadi harapan terakhir buat kem perseorangan negara di Perodua Malaysia Masters 2026 selepas Goh Jin Wei tewas awal harini dengan pemain daripada India, Ashmita Chaliha dengan skor 13-21,16-21.

Dua lagi pemain perseorangan lelaki juga tewas semalam memperlihatkan Leong Jun Hao dan Justin Hoh terkandas awal di pusingan ke-32.

Letshanaa akan bertemu akan bertemu pemain perseorangan wanita dari Jepun, Hina Akechi di pusingan suku akhir.