PASANGAN beregu campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei bawa aura gelaran Olahragawan dan Olahragawati negara ke peringkat seterusnya.
Pasangan beregu yang berada di kedudukan ke-4 dunia itu merasakan ini merupakan satu permulaan baik selepas membenan pihak lawan wakil Kanada straight set 21-6 dan 21-14.
“Ini merupakan permulaan yang sangat baik tetapi perlu lakukan lebih baik untuk perlawanan seterusnya dan kami mengharapkan yang terbaik,” ujar Tang Jie ketika ditemu bual selepas tamat perlawanan.
Selepas ini, Olahragawan dan Olahragawati negara ini akan bertemu wakil Indonesia Amri-Nita yang menduduki tempat ke-16 dalam ranking dunia di pusingan 16.
”Sebelum ini kami pernah berlawan dengan pasangan ini namun kami sama.masih perlu memperbaiki dan fokus diri sendiri dahulu.
“Kami masih perlu memperbaiki dan fokus diri sendiri dahulu dan akan menunjukkan kekuatan kami apabila berada di dalam gelanggang.
Pasangan beregu campuran ini kekal antara pilihan utama bagi menjuarai Perodua Malaysia Masters 2026 dalam kategori mereka buat kali pertama.