BEREGU lelaki profesional negara, Nur Azryin Ayub-Tan Wee Kiong tewas di tangan gandingan Amerika Syarikat di pusingan kedua Perodua Malaysia Masters 2026.
Beregu lelaki Amerika Syarikat, Zhi Yi-Presley Smith menewaskan beregu negara dengan ‘straight set’ dalam perlawanan yang sengit terutama pada set kedua dimana kedua dua beregu saling kejar mengejar dalam mata.
Tan Wee Kiong ketika ditemu ramah selepas perlawanan mengakui bahawa permainan mereka harini kurang baik dan gagal untuk menjarakkan mata pada set kedua yang mungkin boleh mengubah keputusan perlawanan.
“Kami mahu pergi jauh dalam pertandingan ini dan pihak lawan hari ini kami pernah bertemu sebelum ini, tetapi saya berharap kami dapat perbaiki perfoma kami,” Wee Kiong menambah.
Azryin-Wee Kiong merasa rugi kerana terpaksa keluar awal dan ia lebih menyakitkan apabila tersingkir awal di tanah air sendiri.
Mereka masih berpegang pada impian mereka untuk mendapatkan satu ‘title’ dan pemburuan akan diteruskan bagi kejohanan-kejohanan seterusnya.
Sementara itu, Arif-Roy King meneruskan langkah ke pusingan seterusnya selepas menewas rakan senegara, Aaron-Khai Xing dengan kemenangan ‘straight set’.
Perjuangan mereka akan diteruskan ke suku akhir dengan target awal mereka di kejohanan ini adalah ingin melangkah sekurang-kurangnya separuh akhir.
Menanti mereka di suku akhir adalah gandingan Amerika Syarikat, Zhi Yi-Presley Smith yang mara hasil kemenangan ke atas Nur Azryin Ayub-Tan Wee Kiong.