JUARA Esports World Cup x Mid Season Cup 2024 dan 2025 dikejutkan di perlawanan pembukaan masing-masing selepas terpaksa tumbang kepada lawan mereka.

Selangor Red Giants Esports (SRG) tewas di tangan gergasi Kemboja , Pro Esports (PRO) dengan skor 1-2.

SRG sempat mendapatkan mata pertama perlawanan sebelum PRO bangkit menyapu dua pusingan seterusnya dan mendapatkan kemenangan.

Di samping itu, Team Liquid Philliphines (TLPH) juga tidak terlepas daripada dikejutkan oleh gergasi Turki, Aurora Turkey.

Aurora Turkey mengejutkan TLPH dengan menyapu bersih mata perlawanan dan mereka juga mencipta rekod baharu dalam sejarah EWC x MSC bagi perlawanan tersingkat.

SRG dan TLPH jatuh ke lowe bracket peringkat kumpulan di mana satu lagi kekalahan bakal membuatkan mereka pulang awal di kejohanan.

Perlawanan EWC x MSC diteruskan lagi hari ini dengan menyaksikan wakil Malaysia, Team Vamos bakal menentang Team Spirit di mana kemenangan pada perlawanan ini akan mengesahkan slot ke pusingan kalah mati.