FLASH Sukan terus jalin kerjasama bersama jenama sukan antarabangsa, Kelme untuk tahun ketiga berturut-turut.

Kelme yang terkenal dengan pengeluar barangan sukan bola sepak dan futsal berbesar hati mengembangkan lagi jenama ini bersama Flash Sukan sekaligus menyaksikan jalinan erat antara kedua-dua pihak di pentas arena sukan tanah air.

Menurut Pengarah Pemasaran Kelme Malaysia, Louis Fun memberitahu sepanjang dua tahun menjalinkan kerjasama dengan Flash Sukan pihaknya amat gembira dan berpuas hati dengan ‘flow’ yang diingini.

“Tiada masalah dari pihak kami untuk terus menjalinkan hubungan kerjasama dengan Flash Sukan sebab idea dan misi kami ada sama,” jelasnya.

Kelme ‘factory’ kini dibuka di Batu 3, Shah Alam

Dalam pada itu, Louis turut mendedahkan peminat-peminat sukan tempatan kini boleh mendapatkan semua produk Kelme di butik yang baharu dibuka di Batu 3 Shah Alam.

“Kami kini dalam persiapan terakhir membuka Kelme ‘factory’ kerana ramai pelanggan yang mahu melihat rekaan-rekaan terbaharu Kelme atau jersi pasukan yang sukar dicari.

“Butik yang dibuka ini bukan sahaja tertumpu kepada pakaian atau barangan sukan sebaliknya terdapat juga rekaan lebih ‘lifestyle’ kepada semua.

“Dan yang paling menarik sekali, kami juga ada menjual ‘paddle pickleball’ keluaran Kelme sendiri. Mengikut arus perkembangan sukan sekarang, pickleball terus mendapat sambutan daripada ramai peminat sukan tanah air,” tambahnya.