STEVEN Gerrard bakal meninggalkan kelab Al-Ettifaq dengan persetujuan bersama selepas 18 bulan berada di Arab Saudi.

Bekas pemain legenda Liverpool itu berjaya membawa kelab berada di kedudukan keenam liga musim lalu, namun musim ini tidak berpihak kepadanya biarpun menerima bayaran 15 juta paun setahun.

Al-Ettifaq kini berada di kedudukan tercorot dan hanya memenangi satu daripada 14 perlawanan liga.

Gesaan agar Gerrard meletak jawatan semakin menjadi-jadi sejak beberapa bulan kebelakangan ini selepas tersingkir saingan merebut piala, pemecatan kakitangan dan perhubungan awam yang mengecewakan.

Keputusan seri 2-2 di Al-Wedha Sabtu lalu berkemungkinan menandakan perlawanan terakhirnya pimpinannya dengan Al-Ettifaq yang menyaksikan kedudukan merosot ke tangga ke-12 dalam liga 18 pasukan.

Al-Ettifaq memberi sokongan penuh Gerrard apabila dia tiba dengan menandatangani Jordan Henderson, Georginio Wijnaldum, Demarai Gray, dan Jack Hendry pada musim panas 2023 dan menyaksikan peningkatan. Berbekalkan perjanjian sehingga 2027, ia dianggap mempunyai peluang lebih besar.

Bagaimanapun, keretakan mula muncul apabila Henderson mahu keluar dalam tempoh enam bulan, berpindah ke Ajax, dan Gerrard telah bergelut untuk mengekalkan stafnya.

Pada November 2024, Al-Ettifaq memecat pembantunya Dean Holden serta pengarah sukan Mark Allen, tetapi Gerrard berpegang teguh pada tugasnya.

Gerrard semakin mendapat tekanan daripada peminat-peminat dan media, dan ketenangan dilihat kemuncak apabila penyokong menjerit meminta dia ‘keluar’ selepas tewas 0-2 kepada pesaing tempatan Al-Qadsiah.