BEKAS kapten Manchester United dan England, Wayne Rooney, dan isterinya, Coleen Rooney, terus mencuri tumpuan dengan kehidupan mewah mereka di rumah agam bernilai RM116 juta yang dikenali sebagai High Lake Manor.
Terletak di atas tanah ladang seluas 50 ekar, kediaman ini menjadi lambang kejayaan Rooney sepanjang kerjayanya.
Baru-baru ini, Coleen berkongsi sekeping foto di akaun Instagram miliknya, memberikan pandangan eksklusif kediaman mewahnya kepada para pengikut setianya di media sosialnyaa.
Gambar itu memperlihatkan ruang legar rumah yang mewah dengan tangga berlingkar, candelier gergasi, dan ruang duduk yang elegan, menuju ke ruang tamu utama.

Kediaman mewah Wayne Rooney isterinya, Coleen Rooney | FOTO: Thesun
Rumah ini, yang mula dibina pada tahun 2017 dengan harga tanah dianggarkan sekitar RM23 juta (£4 juta), turut menempatkan pelbagai kemudahan mewah.
Antaranya ialah padang bola sepak, terowong bawah tanah, panggung wayang peribadi, kolam renang besar, bilik wain, dan beberapa bar eksklusif.
Namun, tarikan utama kediaman ini ialah sebuah bilik trofi yang menempatkan koleksi kenangan Rooney sepanjang kerjayanya dalam dunia bola sepak.
Koleksi itu termasuk jersi Manchester United, topi England, bola perlawanan, trofi, pingat, serta botol champagne yang diterima sebagai anugerah pemain terbaik perlawanan.

Antara koleksi barang yang masih di simpan oleh Wayne Rooney | FOTO: Thesun
Setiap barang yang dipamerkan di dinding bilik itu melambangkan kejayaan luar biasa Rooney sebagai salah seorang pemain bola sepak terbaik dunia.
Rumah ini, yang siap dibina tiga setengah tahun lalu, menjadi simbol kegemilangan perjalanan kerjaya Rooney, baik di dalam mahupun di luar padang.
Melalui perkongsian ini, peminat dapat melihat sisi peribadi Rooney, yang dikenali sebagai ikon bola sepak dengan gaya hidup serba mewah dan penuh kejayaan.