PRESIDEN Fifa kini sedang berusaha untuk mengadakan persembahan terhebat di bumi setiap tiga tahun berbanding terpaksa menunggu 48 bulan acara kemuncak Piala Dunia.
Di bawah pelan tindakan Gianni Infantino yang baharu, tahun pertama akan menyaksikan Piala Dunia Kelab yang diperluaskan dengan penglibatan 24 pasukan.
Perancangan pada pertengahan musim panas akan membawa kejuaraan benua, seperti Euro dan Copa America dan setiap tahun tiga penganjuran kejohanan piala dunia.
Memetik sumber thesun.co.uk, Infantino membayangkan idea itu selepas kongres persatuan bersama 211 ahli minggu lalu di Doha, dengan alasan ia “penting untuk melakukan sesuatu”. . . sama ada Piala Dunia setiap dua tahun atau setiap tiga tahun”.
Pihak dalaman Fifa melihat idea itu sebagai medan perkelahian seterusnya dan Infantino menyedari tindak balas itu.
Tetapi seperti yang beliau nyatakan di Doha: “Kami boleh pergi untuk mengundi dan mendapat majoriti.”
Jika benar pelaksanaan ini menjadi kenyataan, nampaknya peminat bola sepak seluruh dunia boleh menonton perlawanan piala dunia dalam masa 36 bulan.!