UNDIAN Piala Thomas 2026 membuka laluan lebih selesa buat Malaysia apabila diundi bersama Jepun, England dan Finland dengan sasaran utama memburu status juara kumpulan untuk mendapatkan laluan kalah mati lebih baik.

Di atas kertas, skuad negara dilihat tidak berdepan masalah besar untuk mara ke suku akhir, namun Jepun kekal sebagai halangan terbesar untuk berada di tangga teratas kumpulan B.

Bekas perseorangan nombor satu dunia, Roslin Hashim menegaskan peluang Malaysia ke pusingan seterusnya cerah, tetapi perlu melepasi cabaran Jepun jika mahu mengungguli kumpulan.

Biarpun bergelar jurulatih di Meair, Roslin Hashim tetap menaruh harapan agar skuad negara membawa pulang Piala Thomas.

“Untuk undian kita ada peluang pergi next round, halangan cuma Jepun untuk juara kumpulan, England dan Finland tak ada masalah,” katanya kepada Flash Sukan.

Ironinya, beliau melihat skuad negara terlalu kerap bertemu Jepun namun tidak menolak puncanya dari faktor ranking semasa kedua-dua pasukan.

Dalam masa sama, Pengarah Kejurulatihan Beregu Persaruan Badminron Malaysia (BAM), Rexy Mainaky menyifatkan undian kali ini sebagai positif buat skuad negara.

“Draw look good and lets team to focus preparation here and later in Denmark,” katanya yang optimis dengan persiapan pasukan.

Pengarah Kejurulatihan Beregu ABM, Rexy Mainaky enggan komen lanjut namun optimis dengan u dian awal.

Bagaimanapun, pemain negara diingatkan agar tidak memandang rendah England dan Finland kerana sebarang kealpaan mampu mengundang kejutan.

Sebagai rekod, Malaysia mara ke separuh akhir edisi 2024 sebelum tewas kepada China yang akhirnya muncul juara.

Saingan Piala Thomas dan Uber 2026 dijadual berlangsung dari 24 April hingga 3 Mei di Horsens dengan misi besar skuad negara untuk kembali mencabar kejuaraan.