KETUA Jurulatih pasukan Hong Kong, Jorn Andersen menegaskan pandemik Covid-19 jelas merencatkan latihan para pemain kerana mereka tidak dibenarkan turun berlatih untuk tempoh empat bulan lepas.

Jelasnya, dia sedar rekod pasukan kendaliannya bertemu Malaysia berada pada tahap yang membanggakan namun sedar segala-galanya boleh berubah bergantung kepada kondisi pemain semasa hari perlawanan.

Dia juga berkata dia tidak terlalu memikirkan tenang pasukan lawan yang bakal di temui sebaliknya lebih memfokuskan untuk memantapkan pasukan tanpa mengira lawan yang bakal di temui.

“Kita ada masalah di Hong Kong, saya rasa anda faham situasi kami, tetapi kami pasti akan cuba melakukan yang terbaik.

“Kita bermain dengan pasukan yang kebiasaannya kami akan tewaskan tetapi kita tidak tahu kondisi yang bakal berlaku esok.

“Saya adalah jurulatih yang tidak memberi fokus terlalu banyak kepada pihak lawan,  sebaliknya fokus kepada perkembangan pasukan saya,” katanya.

Secara purata, kekuatan Malaysia dan Hong Kong disifatkannya setara namun kelebihan sedikit berpihak kepada Malaysia kerana memiliki tempoh latihan yang mencukupi daripada mereka.

Malaysia akan turun bertemu Hong Kong pada Rabu dalam perlawanan terakhir persahabatan Tier 1 sebelum menghadapi ujian sebenar Kelayakan Piala Asia 2023.