PENJAGA gol Johor Darul Takzim (JDT), Farizal Marlias berkata dia tidak terlalu memikirkan tentang pasukan lawan sebaliknya memberi fokus kepada persiapan pasukan.
Tambahnya, beraksi di hadapan penonton sendiri merupakan antara kelebihan yang perlu dimanfaatkan sebaik mungkin pasukan.
Mengambil kira aksinya di JDT, dia merasakan Ia bukanlah suatu masalah yang besar untuk bermain secara high pressing kerana sudah terbiasa semasa bersama JDT.
Farizal turut menggambarkan latihan bersama muzik adalah sesuatu kelainan yang bersifat positif dan ianya dapat meredakan ketegangan para pemain.
“Bagi saya, saya tidak mahu terlalu memikirkan pasukan lawan tetapi yang lebih penting adalah persiapan pasukan kita.
“Kita bermain di tempat kita sendiri, saya lihat komitmen pemain sangat tinggi.
“Saya sudah biasa dengan keadaan tersebut di JDT, bagi saya tiada masalah besar.
“Pemain tidak berada dalam tekanan kerana ada muzik ketika sesi latihan,” jelas Faizal kepada media.