PEMAIN perseorangan lelaki negara, Liew Daren tewas 14-21 kepada pemain India H. S Prannoy.
Meskipun jauh ditinggalkan pada set kedua namun dia berjaya bangkit sekaligus menang 21-17.
Set ketiga pula Darren terus memberikan tentangan yang sengit namun faktor usia dan kecergasan memisahkan antara kedua-dua pemain itu menyaksikan dia terpaksa akur tewas 18-21.
Sementara itu, nasib malang terus menghantui kem beregu lelaki negara apabila Man Wei Chong-Kai Wun Tee tewas straight set kepada pasangan India Rankireddy-Shetty Chirag 18-21 11-21.
Bagaimanapun, Goh Sze Fei – Nur Izzuddin kembali menceriakan kem negara dengan kemenangan terakhir perlawanan 21-12 21-12 sekaligus melengkapkan malam gemilang buat pasukan kebangsaan.