JURUKAMERA: MOHD IZARI ROSLI

MUNGKIN tidak ramai peminat bola sepak tempatan yang mengenali Mohd Shazlan Alias, antara sebahagian skuad Selangor yang menjulang Piala Malaysia 2015 sekali gus melengkapkan misi kejuaraan ke-33.

Seorang produk dari Sekolah Sukan Bukit Jalil, Shazlan merupakan ahli skuad bawah 18 Malaysia yang beraksi ketika Kejohanan Bola Sepak ASEAN bawah 20 di Vietnam pada bulan Julai 2007.

Shazlan yang mesra di sapa Lan JJ turut bermain untuk Harimau Muda sebelum bermain untuk pasukan negerinya Terengganu dan kemudian membawa angin baharu berpindah ke T–Team.

Selepas menggantung but, anak jati Jeram, Manir, Kuala Terengganu itu tidak membuang masa duduk diam, sebaliknya terus mengorak langkah dengan memberi tumpuan kepada perniagaan sendiri bersama isteri.