KIT Liverpool FC terbaharu kini telah dilancarkan dengan mengikut reka bentuk klasik dalam warna rasmi kelab itu iaitu merah, manakala di bahagian leher dan lengan bewarna putih.

 

Penampilan sulung koleksi akan dibuat dalam perlawanan akhir musim ini yang bakal bertemu dengan Aston Villa di Anfield hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Al-Ikhsan Sports, Vach Pillutla menekankan, program ini diadakan juga bagi menghargai semangat penyokong Liverpool FC di Malaysia yang masih setia meskipun mengalami prestasi yang kurang memuaskan pada pada musim ini.

“Biarpun Liverpool FC mengalami prestasi yang pasang surut pada musim ini, kelab itu masih mempunyai peminat yang luar biasa.

“Selama bertahun-tahun, melalui Al-Ikhsan Sports, Football Republic dan kedai rasmi LFC di Sunway Pyramid, kami telah cuba membawa pengalaman Anfield kepada peminat yang mungkin tidak dapat pergi dan menikmati pengalaman tersebut secara langsung.

“Barangan LFC hari ini tersedia secara meluas di 105 kedai kami yang terpilih. Kejayaan ini dapat dicapai dengan jentera pengedaran dan pemasaran yang luar biasa A-Ikhsan Sports yang telah kami bina sejak 30 tahun lalu,” katanya ketika majlis pelancaran pada Jumaat.

Apa yang menarik perhatian, Al-Ikhsan turut menampilkan tetamu istimewa untuk bersama-sama dalam majlis pelancaran tersebut iaitu pemain legenda The Reds, Patrik Berger.

Pada majlis pelancaran tersebut, turut diadakan sesi Meet & Greet bersama pemain itu bagi memberi peluang kepada peminat untuk mengambil gambar bersama dan mendapatkan autograf sebagai kenangan.