Kredit Foto: Bernama
PERLUMBAAN MotoGP Grand Prix Malaysia 2024 bertambah menarik selepas menerima kunjungan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut menyampaikan hadiah kepada Francesco Bagnaia yang muncul juara Grand Prix Malaysia.
Anwar yang diiringi Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli turut meluangkan masa menyantuni media tempatan dan antarabangsa di Pusat Media, Litar Antarabangsa Sepang Petronas.
Beliau juga sempat berbual mesra seketika dengan bertanya kepada media mengenai keadaan pelumba yang terjatuh pada pusingan pertama perlumbaan MotoGP yang menyaksikan bendera merah dikibarkan menandakan perlumbaan dihentikan seketika.
Perdana Menteri turut mengambil peluang berkunjung ke Pavilion Petronas dan tapak Rakan Muda yang terletak di kawasan litar sebelum menyaksikan persaingan sengit perlumbaan MotoGP.