PEMAIN tengah Teregganu FC, Faiz Mohd Nasir dikejarkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) berikutan mengalami sesak nafas sejak semalam.

Menurut perkongsian di Instastory adik pemain tersebut Faris, abangnya kini berada di ICU.

“Minta jasa baik kepada semua untuk mendoakan abang saya Mohd Faiz Mohd Nasir yang kini berada di Unit Rawatan Rapi/ICU sekarang.”

Sumber laporan Terengganu 11 memaklumkan, ia mungkin berpunca akibat daripada keracunan makanan yang dialami sebelum ini.

Terbaharu, keadaan Faiz kini dilaporkan stabil dan beransur pulih.