PASUKAN Piala Thomas negara bermula langkah kanan apabila berjaya menewaskan England 5-0 dalam aksi kumpulan D yang berlangsung di Impact Arena pada Isnin.
Perseorangan utama negara, Lee Zii Jia menepati ramalan setelah menang mudah menewaskan pemain veteran England, Toby Penty dalam pertarungan straight set 21-10, 21-15.
Rentak kecemerlangan itu diteruskan gandingan beregu ranking ketujuh dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik meskipun bergelut dan tumbang 19-21 pada set pertama , sebelum bangkit dua set berikutnya 21-15 21-16.
Perseorangan muda berusia 21 tahun negara, Ng Tze Yong berjaya menerusi aksi ahak sengit dengan menundukkan Johnnie Torjussen dalam perlawanan rubber set 21-16, 19-21, 21-11.
Beregu kedua negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin turut cemerlang menewaskan pasangan Rory Easton-Zach Russ dalam perlawanan straight set 21-13, 21-9.
Leong Jun Hao melengkapkan kemenangan bergaya kelima pasukan negara dengan menewaskan Cholan Kayan, 21-11,21-18.
Malaysia bakal berdepan Amerika Syarikat pada Selasa sebelum mengakhiri saingan peringkat kumpulan D menentang Jepun pada Rabu.