PEMAIN baharu Merah Kuning, Faisal Halim mengucapkan selamat berjaya dan berhati-hati buat bekas rakan sepasukannya, Adib Zainuddin.

Menerusi komen yang dimuatnaik dalam Instastory pemain tersebut, Adib yang beraksi diposisi pertahanan tengah memberikan kata-kata semangat buat bekas rakan sepasukannya itu.

“Terbaiklah FH (Faisal Halim) yang turut disertakan dengan emoji api membara serta tepukan tangan.

Komen tersebut terus dibalas Faisal Halim atau lebih mesra dengan panggilan Mickey.

“@adibzainuddin goodluck lah di ganu tu, jaga dan hati2 (disusuli dengan emoji wajah memakai mask).

Perbualan tersebut turut disertai pemain tengah Terengganu FC, Rahmat Makasuf dengan emoji api membara.

Komen Mickey kepada Adib terus menimbulkan perdebatan dikalangan penyokong Ganu Peteh Ganu yang tidak bersetuju dengan tindakan bekas pemain Terengganu kelahiran Pulau Pinang itu.

Ucapan selamat berjaya di Ganu (Terengganu) dan berhati-hati tidak dapat dipastikan apakah maksud tersirat ingin disampaikan Mickey kepada bekas rakan sepasukannya itu.

Faisal yang sebelum ini dikatakan tidak mencapai persetujuan dengan TFC mengenai penyambungan kontraknya sah menyertai Selangor FC musim depan.

Bekas penggempur Terengganu FC itu turut mengikut jejak langkah beberapa pemain kebangsaan lain seperti Ahmad Khuzaimi Piee dan Ruventhiran Vengadesan.

Ketika ini Faisal mempamerkan aksi menyakinkan bersama skuad Harimau Malaya dalam kejohanan Piala AFF Mitsubishi dengan menjaringkan gol kemenangan 1-0 ke atas Myanmar pada aksi pertama Kumpulan B, Rabu lalu.

Foto: Selangor FC