SKUAD hoki lelaki kebangsaan Malaysia atau Speedy Tigers bakal menggalas cabaran negara pada FIH Hockey World Cup 2026 dengan harapan untuk mencipta kejutan di pentas dunia.

Kejohanan berprestij itu dijadualkan berlangsung dari 15 hingga 30 Ogos 2026 di Wavre, Belgium dan Amstelveen, Belanda, membabitkan 16 pasukan.

Cabaran besar menanti Malaysia apabila mereka bakal berdepan pasukan gergasi dunia yang memiliki pengalaman luas serta kekuatan dari segi fizikal, teknikal dan taktikal.

Malaysia tergolong di dalam kumpulan B yang menampilkan tuan rumah yang juga pasukan nombor 1 dunia, Belgium bersama dengan pasukan yang berkedudukan 6 dan 10 di dunia, Germany dan France.

Malaysia dijadualkan memulakan kempen menentang Germany pada 15 Ogos, sebelum berdepan France pada 17 Ogos dan melengkapkan aksi peringkat kumpulan menentang Belgium pada 19 Ogos.

Dalam saingan kelayakan, Malaysia tewas tipis 4-5 kepada Jepun, namun kedudukan ranking dunia membantu memastikan tempat negara dalam kejohanan utama.

Perkara ini pasti menjadi pembakar semangat buat pasukan negara bagi membina semula keyakinan terhadap hala tuju hoki lelaki negara dan membuktikan bahawa Malaysia masih mempunyai tempat dalam kalangan pasukan terbaik dunia.

Dengan persiapan rapi sebelum kejohanan, Malaysia diharapkan mampu menghasilkan keputusan positif dan menjadikan FIH Hockey World Cup 2026 sebagai satu detik bersejarah buat hoki negara.