STADIUM Shah Alam pernah menjadi salah sebuah venue kebanggaan rakyat Malaysia, lebih dekat lagi bagi penyokong-penyokong Selangor.

Stadium ‘keramat’?. Ya itu dulu… dan bagi penyokong-penyokong Selangor, pelbagai memori pahit manis pasti menjadi kenangan sampai bila-bila.

Kehebatan Stadium Shah Alam suatu ketika dahulu bukan sekadar dalam peringkat domestik sahaja.

Venue ini menjadi saksi kejohanan Piala Dunia Remaja berlangsung pada tahun 1997 dan Chelsea pernah singgah di bumi Shah Alam ketika bertemu pasukan Pilihan Malaysia (2008) dan Stadium Shah Alam juga menjadi pilihan buat Arsenal ketika mengadakan siri Jelajah Asia pada tahun 2011.

Sehingga isu ini ditulis proses baik pulih Stadium Shah Alam masih belum dijalankan.

Final Piala Malaysia, Sukan SEA, Piala AFF dan banyak dikatakan hampir kesemua kejohanan elit telah dimainkan pada venue yang dahulu pernah menjadi kebangaan rakyat Malaysia.

Mengimbau kembali kenangan lama, penulis yang bertugas sebagai wartawan sukan telah menyaksikan pembinaan Stadium Shah Alam ini siap pada 1994 dan pada Julai 1994 adalah perlawanan pertama pembukaan rasmi Stadium Shah Alam SEE 94 antaranya pasukan Flamingo dan Dundee United.

Malah penulis sendiri menyaksikan pembinaan Stadium Shah, pergi tengok tapak dan penulis berasa cukup bangga kerana ketika itu Stadium Nasional Bukit Jalil masih belum siap.

Jadi Stadium Shah Alam sudah menjadi ikonik stadium bola sepak Malaysia dan menjadi venue untuk pasukan bola sepak negara.

Stadium Shah Alam menjadi kebanggaan rakyat Malaysia ketika itu dan tiada satu venue pun dapat dibandingkan dengan stadium yang memiliki kapasiti 80,000 tempat duduk ini.

Stadium Shah Alam juga melalui banyak proses pertukaran padang, pembaikan pulih, sudah tutup banyak kali dalam sekitar lima bulan, sembilan bulan tetapi inilah yang paling lama dan tiada satu anjakan pun dalam tempoh tiga tahun bermula tahun 2020.

Siapa sangka, kali terakhir Selangor menggunakan Stadium Shah Alam ketika menentang Bangkok United dalam aksi pra-musim kejohanan Selangor Asia Challenge pada Januari 2020.

Dalam kempen domestik pula, kali terakhir Stadium Shah digunakan sebagai pentas final untuk Piala FA 2017 dan Piala Malaysia 2018.

Namun pengumuman penutupan stadium, ia menyaksikan penutupan kali ini menjadi paling lama buat Stadium Shah Alam selepas dibuka pada tahun 1994.

Pelbagai spekulasi telah bermain sepanjang tiga tahun ke belakangan ini, ada desas-desus mengatakan Stadium Shah Alam akan diroboh tetapi dibina semula di atas tapak yang sama dengan kapasiti tempat duduk lebih rendah.

Keadaan di Stadium Shah Alam terus sepi.

Bagaimanapun, kerajaan Negeri Selangor juga tampil membuat beberapa kenyataan berhubung status Stadium Shah Alam di mana mereka pernah mengumumkan kos baik pulihan dianggarkan menelan lebih dari RM200 juta di mana kos itu mampu membina satu lagi stadium baharu.

Namun persoalan sebenar ke mana arah tuju Stadium Shah Alam ini?

Apakah kesudahannya?

Apakah penyelesaiannya?

Nantikan secara EKSKLUSIF Flash Sukan bersama ‘ORANG KUAT’ Selangor dalam mengupas persoalan ini.

STAY TUNE!!