Oleh: MOHD FARIQ

SUKA atau tidak, Johor Darul Ta’zim (JDT) telah mengubah landskap bola sepak negara.

Selain menjadi peneraju yang mencorakkan kejayaan JDT hampir sedekad lamanya, Tunku Ismail Sultan Ibrahim tidak keseorangan dalam mengimpikan kemaraan anak buahnya apabila mereka bertemu Urawa Red Diamonds Jumaat ini.

JDT adalah pasukan atau wakil pertama dari Malaysia yang mara sejauh pusingan kalah mati dalam Liga Juara-juara Asia (ACL), sekali gus menyelitkan diri dalam kelompok 16 kelab terbaik dalam saingan paling prestij di benua ini.

Peraduan Zon Asia Timur itu akan diadakan di Stadium Saitama.

Andai melepasi cabaran Urawa, JDT akan terus menjadikan Saitama sebagai gelanggang memburu kegemilangan.

Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio.

Undian suku akhir dan separuh akhir diadakan pada 20 Ogos nanti. Aksi suku akhir dijadual berlangsung pada 22 Ogos diikuti separuh akhir tiga hari kemudian.

Dua finalis yang mara ke final ACL kali ini pula bakal berentap dalam dua aksi final yang dijadualkan berlangsung pada 19 dan 26 Februari tahun depan.

Selain JDT dan Urawa Red, aksi kalah mati yang diadakan secara berpusat di Jepun itu turut menampilkan Daegu FC, Jeonbuk Hyundai Motors FC, Vissel Kobe, Yokomaha Marinos, Kitchee SC dan BG Pathum United.

Sekalipun JDT tidak mempunyai rekod yang baik dengan kelab Jepun, dengan rekod hanya satu kemenangan daripada tujuh perlawanan terdahulu apabila mengatasi Kashimat Antlers di peringkat kumpulan pada 2019, standard juara Liga Super itu diangkat menerusi kehadiran Fernando Forestieri.

Apa yang pasti, ketibaan Forestieri melengkapkan lagi jentera serangan bersama penyerang Brazil, Bergson selain prestasi pemain tempatan seperti Arif Aiman telah menyerikan lagi potret pasukan gergasi Liga Malaysia iaitu JDT.

Fernando Forestieri.

Kemaraan JDT ke suku akhir harus membantu peruntukan penyertaan kelab Malaysia di ACL, dengan dua pasukan setakat ini diberi slot secara automatik di peringkat kumpulan dan dua lagi menerusi playoff bagi musim hadapan.

Bagi Zon Barat pula, pasukan yang bersaing di venue berpusat pada Februari depan di venue yang akan ditetapkan kemudian ialah Al-Hilal (Arab Saudi) menentang Shabab Al-Ahli (UAE), Al-Shabab (Arab Saudi) menentang Nasaf Qarshi (Uzbekistan), Al-Duhail (Qatar) menentang Al-Rayyan (Qatar) dan Al-Faisaly (Arab Saudi) melawan Foolad (Iran).

Bagi melengkapkan tempoh yang padat dengan aksi, JDT akan pulang ke Malaysia untuk beraksi pada final Piala FA pada 10 September ini.