HANYA dua beregu campuran negara, lolos ke pusingan kedua, ketika dua lagi kandas di pusingan pertama Masters Indonesia hari ini.

Chen Tang Jie-Toh Ee Wei melepasi ranjau cabaran apabila dipaksa beraksi hingga ke rubber set, sebelum mengatasi beregu nombor 94 dunia dari China, Zhu Yi Jun-Li Qian dalam tempoh 56 minit.

Juara Dunia yang menghuni tangga keempat dunia itu, memenangi set pertama 21-19, namun hilang punca hingga tunduk 20-21 pada set kedua, sebelum berjaya bangkit dengan kemenangan 21-10 pada set penentuan.

Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin ke pusingan kedua Masters Indonesia.

Terdahulu, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin turut lolos, setelah menang 13-21, 21-6, 11-17 dalam masa 46 minit, ke atas beregu ke 51 dunia Thailand, Phuwanat Horbablyekit-Benyapa Amsard

Mereka bakal berdepan pilihan kelima kejohanan dari China, Guo Xin Wa-Chen Fanf Hui, manakala Tang Jie-Ee Wei dijangka bersepan pasangan Thailand, Pakkapon Teeraratsakul-Sapsiree Taerattanachai.

Goh Soon Huat-Shevon Lai kandas di pusingan awal.

Sementara itu, hajat pasangan suami isteri, Goh Soon Huat-Shevon Lai untuk melangkah jauh di Jakarta tidak kesampaian selepas tewas kepada beregu muda tuan rumah, Adnan Maulana-Indah Cahya Sari Jamil, 21-18, 18-21, 20-22.

Satu lagi wakil negara, Jimmy Wong-Lai Pei Jing turut disingkir wakil tuan rumah, Dejan Ferdibansyah-Bernadine Anindya Wardana, 17-21, 10-21.