
Spurs kembali dapat khidmat Antonio Conte aksi menentang AC Milan

SELEPAS terlepas empat perlawanan, Antonio Conte akan kembali bersama Tottenham menjelang aksi timbal balik 16 terakhir Liga Juara-Juara Eropah menentang AC Milan awal pagi Khamis.
Pengendali Spurs itu masih dalam proses pemulihan daripada pembedahan pundi hempedu.
Kemenangan 2-0 masing-masing ke atas West Ham dan Chelsea memberi isyarat kebangkitan Tottenham untuk menamatkan saingan dalam kelompok empat teratas Liga Perdana Inggeris.
Namun ia dibayangi dengan kekalahan 1-0 kepada pasukan Liga Kejuaraan, Sheffield United pada pusingan kelima Piala FA, disusuli kekalahan liga dengan keputusan sama di tangan Wolves Sabtu lalu.
Spurs ketika ini menghuni tangga keempat liga, namun mereka mungkin terus kempunan menjulang trofi pertama sejak tahun 2008.
Selepas tewas 1-0 di San Siro, Tottenham akan melayan kunjungan AC Milan di Wembley dan kepulangan Conte diharap dapat membawa mereka ke suku akhir.
Pertahanan Tottenham, Ben Davies mengakui kehadiran Conte sangat penting pada pertemuan dengan Milan itu.
“Sudah agak lama sekarang tetapi kami ada perlawanan besar dan amat penting untuk dia bersama kami,” kata Davies. – Agensi