KELIBAT penyerang muda Johor Darul Ta’zim (JDT) Arif Aiman Hanapi pada aksi terakhir Kumpulan I Liga Juara-Juara AFC (ACL) bertemu Ulsan Hyundai pada Sabtu memang tidak jemu untuk dilihat.

Apa tidaknya, bertubuh kecil tidak menjadikan dia gerun bertemu dengan pemain lawan, menggelecek kiri dan kanan, membuat hantaran berbahaya di pintu gol dan paling penting kemenangan bermakna 2-1 ke atas Ulsan Hyundai adalah daripadanya.

Pun begitu pemain kelahiran Pahang berusia 20 tahun ini mengakui masih belum puas hati dengan pencapaian peribadinya.