BEKAS pemain belia Manchester United, John Cofie yang ditandatangani dengan jumlah 1 juta Euro pada umur 14 tahun berdepan tuduhan merogol seorang wanita.

Perlakuan sumbang tersebut dipercayai berlaku di Greater Manchester bersama satu lagi tertuduh, Nathan Stuart.

Bekas pemain Red Devils yang kini telah mencecah usia 30 tahun itu dilihat hadir ke Mahkamah Minshull Street Crown bagi memulakan perbincaraan.

Bagaimanapun, kedua-dua tertuduh mengaku tidak bersalah atas dakwaan merogol yang disabitkan ke atasnya.

Sebelum ini, Cofie yang pernah bersama kelab belia, Burnley Academy telah menandatangani Manchester United pada 2007 dan telah menghampakan Liverpool dan Chelsea bagi mendapatkan khidmatnya.

Dengan yuran perpindahan sebanyak 1.25 juta Euro ke Manchester United, dia kekal menjadi antara satu-satunya pemain muda yang telah dibayar lebih 1 juta Euro.

Malangnya, Cofie gagal menempatkan diri dalam skuad utama Manchester United dan tidak berjaya melakukan perpindahan secara pinjaman, termasuk ke Belgium, sebelum dilepaskan kelab setelah tamat kontraknya pada 2013.

Kemudian, Cofie melebarkan sayapnya bersama pasukan Barnsley, Crawley Town dan Wrexham sebelum mengakhiri kariernya di Ireland, Australia dan Filipina.

Kini, dia tidak lagi bermain sejak 2020 dan mengembangkan sayap sebagai seorang mentor kepada pemain muda di Lancashire.

ARTIKEL BERKAITAN : Ini kenyataan terbaharu Manchester United isu cubaan merogol Mason Greenwood