Select Page

Bukan angan-angan ‘mat jenin’, JDT Futsal miliki gelanggang kelas dunia

Bukan angan-angan ‘mat jenin’, JDT Futsal miliki gelanggang kelas dunia

SEJAK kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) ditubuhkan pada 2013, banyak perubahan terutama dari segi landskap dalam senario bola sepak tempatan berlaku sama ada di dalam padang mahupun di luar padang.

Kejayaan JDT mencipta sejarah demi sejarah bukan sahaja tertumpu pada sukan bola sepak sahaja tetapi juga dalam sukan sepak takraw, bola jaring, ragbi, hoki ais dan juga kontinjen Sukma negeri.

Kini tumpuan JDT terarah kepada pembentukan pasukan futsal pula apabila buat pertama kali mereka menyertai Liga Premier Futsal Kebangsaan (MPFL) untuk musim 2023 dan terus menarik minat para penyokong yang sudah lama menantikan detik ini.

 

Selepas melalui tiga perlawanan MPFL di tempat lawan kerana venue yang masih belum siap sepenuhnya, akhirnya JDT Futsal mempersembahkan kepada umum gelanggang rasmi mereka yang terletak di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG).

Menerusi hantaran di laman rasmi skuad futsal Harimau Selatan itu, ianya jelas satu venue yang berkelas dunia dengan menepati ciri-ciri yang piawaian Fifa dan sesuai untuk menganjurkan kejohanan futsal antarabangsa.

ARTIKEL BERKAITAN: MPFL: Pertambahan pasukan mampu tingkat nilai komersial, populariti sukan futsal

Inilah yang sering dilakukan JDT dengan memastikan fasiliti pertandingan dan latihan serta pemulihan berada dalam keadaan terbaik kerana ianya dapat membantu para pemain memberikan potensi terbaik mereka ketika beraksi.

JDT hanya memerlukan satu musim sahaja untuk menaik taraf venue untuk menjadi venue bertaraf antarabangsa yang bakal menjanjikan perlawanan yang mantap buat pasukan yang bertanding selain memberikan keselesaan buat para penyokong yang hadir.

Diharap dengan kehadiran JDT dalam sukan futsal ini akan membantu menjadi lebih popular dan dapat lahirkan pemain yang lebih berkualiti sekaligus membentuk pasukan kebangsaan baik seperti yang berlaku pada bola sepak dan bola jaring negeri ini.

Video Terkini

Loading...