PEMAIN tengah skuad negara Bawah 17 Tahun (B-17), Muhammad Danish Iskandar Marzizul berkongsi perancangan akan melakukan latihan secara ektra ketika tiba di bumi Indonesia menjelang Kelayakan Piala AFC B-17 bermula Sabtu ini.

Perkara itu disuarakan Danish setelah melihat permainan hari ini yang jelas dikuasai pasukan negara namun tumpul di bahagian penyudah.

Menurutnya, skuad kendalian Omaro Osmera mampu mendapat sekurang-kurangnya 6 hingga 7 gol namun palang menjadi pemisah.

“Latihan yang lebih akan dibuat di Indonesia Jumaat ini sebelum perlawanan menentang Palestin.

“Kami akan berlatih bersungguh-sungguh dengar apa yang juruatih cakap, dengan memanfaatkan taktikal jurulatih.

“Kami akan buat, mencipta peluang. Kita boleh menang 6-0 atau 7-0 tapi hanya berjaya dapat 2-1.

“Prestasi pasukan hari ini memang bagus. Tiada rezeki. Tadi pemain Chinese Taipei dia sudah tidak boleh main dan menggunakan cara fizikal, ” ujarnya ketika ditemui media selepas tamat perlawanan di Stadium UITM, Shah Alam petang Rabu.