Select Page

Hamidin, Pierluigi Collina duduk bincang perkasa video bantuan pengadil

Hamidin, Pierluigi Collina duduk bincang perkasa video bantuan pengadil

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin membincangkan tiga elemen utama dalam memperkasakan lagi bola sepak negara iaitu video bantuan pengadil (VAR), perlawanan antarabangsa Tier 1 Fifa dan pelan menghantar pemain negara berkualiti yang berminat berkelana dengan kelab luar negara.

Hamidin menghadiri Kongres Fifa ke-73 pertamanya sebagai Ahli Majlis Fifa di Kigali, Rwanda, pada Khamis, berkesempatan bertemu dengan Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Fifa, Pierluigi Collina dan beberapa rakan seangkatannya dari kalangan pemimpin bola sepak antarabangsa.

“Collina menjelaskan ada dua jenis VAR yang boleh menjadi pilihan kita, iaitu ‘Full VAR’ yang dilengkapi dengan minumum lapan kamera atau ‘VAR Light’, kurang dari lapan kamera.

“Meskipun Collina mencadangkan Full VAR namun menjelaskan VAR Light boleh juga digunakan untuk peringkat permulaan ekoran harganya yang lebih murah 50 peratus.

“Namun Collina mengingatkan kualiti pastinya jauh berbeza dengan Full VAR jika memilih untuk menggunakan VAR Light,” kata Hamidin sejurus selepas berjumpa dengan legenda pengadil itu selepas tamat kongres dipetik dari laman rasmi Facebook FAM.

Tambah Hamidin lagi tindakan susulan akan diadakan oleh FAM, MFL dengan unit Pengadil FIFA mengenai penggunaan VAR ini

Video Terkini

Loading...