PASUKAN Suara Emas (SE) muncul juara kategori berpasukan edisi sulung Kejohanan Footgolf PFAM Bersama Media 2022 yang berlangsung di Footgolf Malaysia, Bukit Jelutong pada Sabtu.

Merangkul gelaran naib juara adalah Persatuan Penulis-penulis Sukan Malaysia (SAM) A sementara AEQ FG berpuas hati di kedudukan ketiga.

Bagi kategori individu, pemain SE Hanif Miswan mengungguli saingan selepas mengatasi cabaran wakil AEQ FG, Fauzan Dzulkifli di tempat kedua dan seorang lagi pemain SE Wan Nazrul Aisham ketiga.

Pemenang menerima wang tunai, trofi dan hamper.

Ketua Pengawai Eksekutif PFA Malaysia, Izham Ismail berkata, aktiviti seperti ini adalah bertujuan merapatkan hubungan antara PFAM bersama pengamal media dan pada masa yang sama bertujuan memupuk semangat kesukanan dan ukhuwah.

“Insyaallah selepas ini PFAM akan mengadakan lebih banyak lagi program seumpama ini,” katanya.

Pasukan Suara Emas muncul juara kategori berpasukan.

Turut hadir memberikan sokongan adalah Presiden SAM, Ismadi Abdul Manap.

Sebanyak enam pasukan menyertai kejohanan ini adalah SE, SAM A, AEQ FG, FG Bernama, SAM B dan SemuanyaBOLA.