MEMANG benar wujud jurang besar antara atlet terjun senior dan junior, malah skuad negara ketandusan penerjun versatil seperti Nur Dhabitah Sabri.
Pengarah Teknikal Terjun, Persekutuan Renang Malaysia (MS), Bryan Nickson Lomas mengakui situasi itu, namun menegaskan pihaknya tidak pernah memaksa Dhabitah beraksi dalam tiga acara sekiranya penerjun itu enggan.
“Awal-awal lagi kita sudah brief, tidak memaksa dia. Kita tanya OK ke tak kalau ambil acara ini, dia jawab dia nak cuba dan perkara ini dibincangkan sebelum ke China (latihan) lagi.
“Saya akui, dia (Dhabitah) penerjun versatil dan kita tiada pelapis sepertinya, kalau dia tak ambil bahagian, memang tak ada wakil.

Nur Dhabitah Sabri kepenatan beraksi dalam banyak acara.
“Dalam masa sama, kita menilai menerusi tiga acara itu ada peluang untuk layak (Paris 2024),” kata Bryan Nickson Lomas, ketika dihubungi.
Mengulas lanjut mengenai pendedahan Dhabitah semalam, Bryan menganggap bahawa penerjun terbabit mungkin kepenatan mental serta fizikal selain tertekan gara-gara gagal ke Paris.
“Mereka atlet profesional malah sekarang sudah dibayar gaji dan ada caruman (KWSP), berbanding dulu hanya mendapat elaun.
Artikel Berkaitan:
Dhabitah akui ‘harapan’ jadi beban hingga gagal menyerlah
“Sebelum kejohanan, cakap tiada masalah” – Andy Low
Ada dalang ‘ganggu’ persiapan skuad terjun?
“Tapi saya rasa apa yang diluahkan Dhabitah itu disebabkan dia kecewa kerana tak dapat masuk Olimpik, jadi dia luahkan apa yang ada dalam fikiran, secara tak langsung nk beritahu dia penat dari segi mental hingga berasa dirinya sudah tua.”
Begitupun, Bryan yakin jika keputusan baik di Doha, semua isu ini tidak akan timbul.
Namun, Bryan menafikan pada usia 24 tahun, Dhabitah sudah tua untuk beraksi dalam banyak acara.
Dalam pada itu, beliau mengakui, skuad terjun negara ketandusan pelapis kerana jurang terlalu besar: “Untuk atlet lelaki, kita ada pool penerjun dan perlukan tempoh setahun hingga setahun setengah untuk meningkatkan darjah kesukaran dan mata.
“Bagi wanita agak sukar namun ada pelapis yang boleh diketengahkan seperti Lee Yiat Qing yang menang di Sukan Sea lalu (emas 10m platform individu wanita).