BEREGU lelaki profesional negara, Sze Fei-Izzuddin tumbang ‘straight set’ di tangan pasangan beregu daripada Denmark, LundgaardVestergaard.

LundgaardVestergaard mengejutkan pasangan tuan rumah dengan mempamerkan tekanan yang kuat daripada awal permainan.

Mereka memulakan perlawanan pada set pertama dengan skor 7-0 sebelum mata dirapatkan oleh pasangan negara namun mereka tetap berjaya menutup set tersebut dengan kemenangan.

Izzuddin ketika ditemu ramah mengakui bahawa pasangan dari Denmark tersebut bermain dengan sangat bagus dan beri tekanan daripada awal permainan sehingga ke akhir.

“Tiada perbezaan dalam permainan kami berbanding semalam, pihak lawan dapat membaca permainan kami dan kami lambat tukar,” tambahnya.

Sze Fei turut berkata gaya permainan antara perkara yang yang perlu ditambah baik dalam permainan mereka.

Beregu lelaki nombor 9 dunia itu akan meneruskan perjuangan dan berentap di Singapore Open minggu hadapan.

Fokus mereka kini adalah untuk cuba memenangi seberapa banyak kejohanan dan boleh bagi menaikkan ranking mereka.